Sunday 1 March 2015

Temubual Agrobank

Tarikh : 15 januari 2015

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Bank Pertanian Malaysia Berhad (AgroBank). Lot 227 Sublot 31, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity Commerce Square, 97000 Bintulu, Sarawak

Nama :Muhd Khairurijah Bin Kamarulzaman

Jawatan : Consumer Business Officer





Pengenalan

Bank Pertanian Malaysia Berhad (AgroBank) merupakan sebuah bank milik kerajaan di bawah naungan Kementerian Kewangan dan juga ahli Institusi Pembiayaan Mikro (MFI) kelolaan Bank Negara Malaysia, diatas dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Selain itu jugs, AgroBank mengutamakan keperluan pelanggan dengan pelbagai produk dan perkhidmatan menyeluruh termasuk aktiviti simpanan, servis perbankan, kemudahan pembiayaan, perlindungan takaful dan khidmat nasihat. Merupakakn kesinambungan Bank Pertanian Malaysia yang mempunyai pengalaman beserta rekod cemerlang dalam membantu, membentuk, membina dan menyokong para usahawan pertanian dalam menuju kejayaan.

Prosedur

AgroBank membantu dalam memberikan pinjaman dan menyediakan dana tambahan untuk keperluaan modal kerja atau suntikan modal atau pembiayaan projek/kontark terutaman dalam sektor pertanian. Agrobank turut memberikan pinjamaan untuk permulaan sesuatu perniagaan yang berasakan pertanian. Mereka akan memberikan dana permulaan dengan melawat kawasan untuk memastikan perniagaan itu berjalan. Selain itu, AgroBank tidak akan memberikan pinjaman kepada peminjam yang tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap tetapi mereka akan memberikan pinjaman modal pusingan. Dimana peminjam perlu menjalankan perniagaan selama 6 bulan dan selepas itu baru lah peminjam akan diberikan pinjaman berbentuk pusingan modal terutama ushawan kecil dan sederhana.








Borang Permohonan Modal Permulaan Perniagaan



Kelayakan 

Peminjaman terbuka kepada syarikat milik warga Malaysia yang ditubuhkan di Malaysia di bawak akta-akta yang berkaitan. Peminjaan tidak terbuka kepada syarikat milik warga asing.

Kelebihan

  • Penggunaan fleksi (tertakluk kepada had sedia ada)
  • Tiada fi komitmen akan dikenakan atas amaun kemudahan yang tidak digunakan
  • Tiada jadual pembayaran yang tetap
    • Pelanggan hanya perlu menjelaskan minimum amaun keuntungan bulanan yang dikenakan mengikut jumlah penggunaan dan jumlah principal yang perlu dibayar sepenuhnya apabila tamat perjanjian atau penyelesaian lain yang dipersetujui.
  • Kadar keuntungan yang rendah dikenakan iaitu sebanyak 4%


Pembiayaan Mesin dan Peralataan

AgroBank menyediakan pembiayaan yang patuh syariah bagi pembelian mesin pertanian dan pekilangan, peralataan atau kenderaan utility yang digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk pertanian atau asa tani. 

Ciri-ciri

  • Margin Pembiayaan .
    • Baru/recon : 90% daripada kos mesin dan peralatan.
    • Terpakai : 80% daripada kos mesin dan peralatan.
  • Tempoh bayaran yang lebih lama.
  • Kadar keuntungan yang kompetitif.


Kelebihan.

  • Pembiayaan termasuk mesin peralatan atau kenderaan utility yang terlibat dalam sector perkilangan seperti pengeluaran, pemprosesan atau pemasaran untuk produk pertanian dan tidak terhad kepada sektor pertanian.
  • Pembiayaan sehingga 80% daripada kos keseluruhan mesin terpakai berbanding 70% di pasaran semasa.
  • Disesuaikan dengan keperluan pembiayaan pelanggan.


Sumber rujukan
www.agrobank.com.my

Untuk maklumat lebih lanjut boleh melayari 
http://www.agrobank.com.my/my/home/corporate-info/about-agrobank/

Kesimpulan

Agrobank berbeza dengan Mara dari segi penyediaan peminjaman dimana MARA tidak memberikan pinjaman untuk permulaan perniagaan berbanding AgroBank. Selain itu juga, MARA dan AgroBank mempunyai syarat dan prosedur yang hampir sama untuk peminjaam kewangan.

Temubual Mara

 Tarikh : 15 januari 2015
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat MARA Daerah Bintulu. 237, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity Commerce     Square, 97000  Bintulu, Sarawak.
Nama : Cik Satuyah
Jawatan : Pegawai Kewangan

Agenda : Proses peminjaman kewangan dan syarat-syarat kelayakan.

Bersama Cik Satuyah pegawai kewangan MARA


Pengenalan

Masjlis Amana Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Sebelum in MARA memberikan pinjaman untuk pertanian, perniagaan dan pelajaraan. Tetapi telah dirombak semula beberapa tahun yang lepas. Sekarang ini, pihak Mara hanya memberikan pinjaman untuk perniagaan kecil,sederhana dan besar serta pelajaran. Untuk pertanian telah diberikan sepenuhnya kepada pihak AgroBank.

Proses Peminjaman

MARA hanya memberikan pinjaman untuk modal pusingan sahaja kepada peniagaan. Mereka tidak memberikan modal untuk permulaan perniaagaan ini kerana sebelum ini MARA pernah memberikan modal permulaan tetapi telah ditarik semula atas faktor tertentu. Setiap peminjam yang ingin meminjam dengan MARA perlu kemukan account statement selepas 6 bulan perniagaan dijalankan. Jumlah minimun untuk pinjaman 3 tahun – 5 tahun (maximun). Untuk ‘Long Contract’ pula selama 1 bulan/ 2 bulan. Peminjam boleh meminjam sebanyak RM10,000 kebawah (perniagaan kecil)   dan RM 10,000-RM50,000 keatas (perniagaan sederhana dan besar). Nina Bakery merupakan salah satu peminjam MARA dan jumlah pinjamaan yang di buat oleh Nina Bakery ialah RM10,000 keatas. Tempoh untuk meluluskan peminjaman memakan masa selama 1-2 bulan. Selain itu, jumlah untuk membayar semula pinjaman sebulan RM287 (RM10,000 kebawah) dan 3 tahun RM287 (RM10,000 keatas). Peminjam boleh membayar semula mengikut kemampuan dengan syarat pembayaran masih dibuat walaupun jumlah tidak sama setiap bulan. Tempoh bayaran semula boleh dilanjutkan dengan syarat peminjaam mengemukan permohonan untuk melanjutkan pembayaran.










Ini adalah borang-borang yang perlu diisi oleh pemohon



Syarat-syarat Kelayakan

•    Warganegara Malaysia keturunan Melayu atau Bumiputera;
•    Umur 18 tahun ke atas;
•    Pengalaman / pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi;
•    Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
•    Sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek;
•   Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran daripada pihak berkuasa;
•   Dapat mengemukakan cagaran / jaminan yang mencukupi;
•   Perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada      6 bulan.
•   Menjalani Ujian PSIKOMETRI (kecuali skim SPiKE)


Kesimpulan

MARA bukan sahaja memberikan pinjaman untuk perniagaan dan pelajaran. MARA turut menyediakan kursus untuk perniaga seperti pembuatan roti, labeling makana / pembungkusan, pemasaran serta kewangan. MARA hanya mengenakan bayaran keuntungan sebanyak 4% sekali sahaja untuk pinjaman RM10,000 keatas dan bayaran keuntungaan tidak dikenakan sekiranya pinjaman bawah dari RM10,000. Sekiranya peminjam mempunyai masalah dengan perniagaan mereka MARA akan melakukan lawatan dan memberikan khidmat nasihat.

Sumber Rujukan : http://www.mara.gov.my/skop


Untuk malumat lanjut boleh ke laman wed MARA (pembiayaan perniagaan)
http://www.mara.gov.my/skop


TEMUBUAL MDS MART SDN BHD

Tarikh: 25 Februari 2015
Masa: 2.00 petang
Tempat: MDS Mart Sdn. Bhd
Nama: Pn. Bidan Binti Bujang
Jawatan: Human Resource Supervisor




Pengenalan

MDS adalah Medan Discount Store pada suatu ketika dahulu dan kini mempunyai nama yang tersendiri iaitu MDS Mart Sdn. Bhd. MDS merupakan salah satu pasaraya yang menjual pelbagai jenis  keperluan yang dapat memberi kemudahan kepada pengguna. Setersnya, di Bintulu MDS mempunyai 5 cawangan iaitu di MDS Medan Jaya, MDS Mart Kemena, MDS Tatau,  2 kawasan di Jepak dan MDS Sibu. Selain itu, MDS bukan sahaja sebuah pasaraya malah mempunyai bidang lain yang juga dikendalikan oleh syarikat MDS yang telah diubah nama seperti Kopitiam, Ayam  Asia BBQ serta mempunyau gudang sendiri dimana digudang tersebut digunakan untuk membekalkan keperluan kepada MDS sendiri dan juga kepada orang luar yang memerlukan. Hal ini bahawa MDS bukan sahaja memfokuskan kepada pasaraya malah juga kepada banyak pengendalian lain. Di samping itu, maklumat berkaitan dengan sumber manusia berada hanya di 3 kawasan seperti MDS Medan Jaya, MDS Jepak dan MDS Sibu.

Prosedur pengambilan pekerja dan kriteriayang dinilai terhadap seseorang pekerja:

  • Minat
  • Kemahuan untuk maju
  • Menyumbang untuk syarikat

Antara kriteria lain yang dinilai adalah berpandukan jawatan atau tempat untuk seseorang pekerja itu mohon. Sebagai contoh untuk bahagian juruwang dipasaraya MDS akan menempatkan seorang pekerja yang berpendidikan SPM dan untuk bahagian pembungkusan tidak dinilai dari segi pendidikan malah hanya memandang kepada tahap kecerdasan iaitu boleh menulis dan membaca. Seterusnya, untuk bahagian pejabat iaitu bahagian yang memerlukan taraf pendidikan yang tinggi serta pengalaman selama 3 bulan akan diberi latihan serta tunjuk ajar oleh staf senior.

Kenaikan pangkat

Dari segi kenaikan pangkat akan dinilai berpandukan prestasi, pencapaian, komitmen, tugas dan tangungjawab  seseorang pekerja.selain itu, jika seseorang itu mempunyai pendidikan tinggi tetapi tidak mempunyai pengalaman maka ianya akan dipertimbangkan. Hal ini kerana bagi yang mempunyai pendidikan tinggi seperti sehingga ke peringkat ijazah tetapi tidak mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan bekerja akan diberi latihan sebelum diserap masuk ke bahagian yang di inginkan kerana untuk bahagian pejabat memerlukan pekerja yang mahir dalam bidang kewangan untuk mengatur pengeluaran dan kemasukan duit dalam ssesebuah syarikat.

Kemudahan kepada pekerja:

Ø  Hostel
Diberikan kepada setiap pekerja lelaki, perempuan dan yang sudah bekeluarga. Kemudan tempat tinggal ini diberikan kepada pekerja yang mempunyai minat untuk berkhidmat kepada syarikat. Selain itu untuk pekerja yang mempunyai tempat tinggal yang jauh daripada tempat kerja. Bayaran dikenakan kepada setiap pekerja sejumlah RM50.00 sebuan untuk bayaran bil api dan air. Syarika hanya akan  menyediakan peti ais sahaja.

Ø  Pengangkutan
Pengangkutan disediakan kepada pekerja mengikut waktu yang ditetapkan iaitu pada waktu pagi pada pukul 8.30 pagi dan pada waktu malam selepas pukul 10 malam.

Ø  Latihan atau pengalaman
Setiap pekerja baru yang bekerja akan diberi latihan selama 3 bulan  dan diberi tunjuk ajar oleh pekerja atasan yang telah berpengalan mengikut setiap kawasan. Di samping itu, latihan ini akan diberikan kepada pekerja baru dan berpengalaman.

Ø  Kerja
Setiap pekerja akan bekerja 4 peralihan / shift iaitu 8 jam seiap hari. Manakala bagi bekerja lebihan masa akan dibayar gaji menikut kiraan 1jam x dengan asas bagi setiap pekerja tersebut.

Ø  Gaji
-          Pekerja baru : RM800/bulan
-          Pekerja berpengalaman / di bahagian pejabat : RM2000 ke atas/bulan

Ø  Cuti yang diberikan
-          Cuti mingguan : 1hari cuti / 6 hari bekerja
-          Cuti public holiday
-          Bagi ibu bersalin selama 2 bulan

Ø  Jaminan syarikat kepada pekerja yang sakit atau kemalangan ditempat kerja
-          Dapat claim duit daripada syarikat dengan syarat mempunyai pengesahan daripada doktor dan hospital ataupun klinik
-          Surat cuti daripada syarikat

Kesalahan dan tindakan yang dilakukan terhadap pekerja

Ø  Kesalahan :
1.      Datang lewat
2.      Tidak menhikut jadual bwaktu bekerja
3.      Ponteng kerja atau tidak masuk bekerja tanpa sebarang alasan

Ø  Tindakan
Daripada kesalahan berikut, pihak syarikat akan memberikan 3 kali surat amaran kepada pekerja yang melakukan kesalahan sedemikian serta akan diberikan kaunseling.

Ø  Kesalahan berat seperti mencuri pihak syarikat akan mengajukan tindakan terus kepada puhak polis dan kes seperti ini akan dianggap sebagai kes jenayah kerana melakukan kerucian terhadap syarikat.

Kesimpulan

Untuk menangani isu-isu dan hal-hal yang bersangkutan dengan sumber manusia bukanlah satu tugas yang mudah. Soal pengambilan dan pemilihan tenaga kerja (sumber manusia) adalah merupakan langkah pertama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Oleh itu, para pengurus sumber manusia hendaklah senantiasa peka terhadap isu-isu dan persekitaran tentang aspek sumber manusia kerana ianya merupakan satu kelebihan kepada sesebuah organisasi. Penyediaan satu perancangan sumber manusia yang terancang, teratur dan mengambilkira semua faktor yang berkaitan akan dapat membantu organisasi di dalam proses pencapaian matlamatnya secara keseluruhan.


DISEDIAKAN OLEH :
  1. (S19080) AWIE BIN GAN TING TIAN
  2. (S19360) MOHAMMAD NUR HARDY BIN ABD AZIZ
  3. (S19432) RUHAMIZAH BINTI RUSLAN





Friday 27 February 2015

TEMUBUAL JAKIM


TARIKH  : 18 FEBRUARI 2014 (SELASA)
MASA : 3.00PM
TEMPAT : JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK (JAIS)
TAJUK : PENGIKTIRAFAN HALAL DARIPADA JAKIM

                                              
NAMA  : USTAZ KHALIDI BIN HAJI MOHAMMAD IDRIS
JAWATAN  : PENGUATKUASA HALAL
ASAL : SIBU



PENGENALAN

Jika sesebuah premis hendak memasarkan barang atau makanan, perkara yang dititik beratkan adalah halal bagi mendapatkan kualiti sesuatu produk dan selamat digunakan. Terdapat 3 aspeks utama iaitu halal dari segi ramuan, bahan-bahan yang dicampur atau dari mana punca barang tersebut diambil sangat penting, keselamatan dan kebersihan  sesebuah premis juga diambil kira kerana jika barang yang dijual tidak selamat dan bersih hal ini boleh memudaratkan kesihatan para pengguna  atau pembeli
dan etika pekerja jika ketiga-tiga aspek ini berjaya diambil kira maka sesebuah premis itu mudah untuk mendapat sijil dan logo halal.


ANTARA SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON SIJIL DAN LOGO HALAL IALAH :





CONTOH PROSES PRMBERIAN PENGESAHAN HALAL





LOGO HALAL MALAYSIA YANG DIIKTIRAF








           
KESIMPULAN
       Berdasarkan sesi temubual, sijil pengesahan dan logo halal sangat penting dalam perniagaan terutamanya dalam industri makanan dan minuman. Oleh itu, setiap peniaga haruslah mendaftar logo halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu, logo halal juga dapat meningkat mutu dan kualiti sesuatu produk. Peniaga haruslah mendapat logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM supaya pembeli atau pengguna dapat membezakan antara logo halal diiktiraf atau tiruan. Tambahan juga, peniaga bukan islam digalakkan juga untuk memohon logo halal bertujuan untuk menarik perhatian pengguna khususnya orang islam bagi meningkatkan hasil jualan atau perniagaan yang sedang dijalankan.

DISEDIAKAN OLEH :

  1. (S19286) CAROLINA SAMBAI ANAK COLLIN
  2. (S19360) MOHAMMAD NUR HARDY BIN ABD AZIZ