Temuabual
Jabatan Pertanian ini dilakukan bertujuan mengetahui operasi sesebuah penubuhan
syarikat yang mana dibantu oleh Jabatan Pertanaian.
TARIKH : 20 Januari
2015 (SELASA)
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : Jabatan Pertanian Bintulu, Jalan Rakawi Yusuf, 97000 Bintulu Sarawak,
NAMA
:HENRY TINGGANG WILLIAM JAU SAGING
ASAL
: BARAM, MIRI
TARIKH
MULA BERKHIDMAT : 5 SEPTEMBER 1994
JAWATAN
: PEMBANTU PERTANIAN KANAN DAN PROJECT MONITORING UNITS (PMU)
Jabatan Pertanian
adalah bertujuan memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan
khidmat nasihat bagi membantu golongan pertani yang menceburi bidang pertanian.
Jabatan Pertanian juga, turut membimbing pengusaha pertanian yang lebih
proaktif bagi meningkatkan pengeluaran pertanian Negara. Selain itu, mampu
mewujudkan tenaga yang terlatih dalam bidang industri pertanian. Seterusnya, melalui
Jabatan Pertanian juga mampu menentukan keluaran hasil tanaman yang selamat dan
terkawal dari pencemaran alam sekitar. Jabatan Pertanian juga bertujuan untuk
meningkatkan taraf hidup dan pendapatan golongan petani. Melalui temubual yang
kami lakukan kami dapat mengetahui bantuan yang diberikan oleh jabatan pertanian.
Bantuan terbahagi kepada empat seksyen.
|
Berikut merupakan
seksyen bantuan :
Jabatan
Pertanian memberi bantuan dari segi input ladang dan peralatan ladang. Bantuan
yang diberikan adalah secara percuma ini bertujuan untuk membantu golongan
petani tanpa mengenakan sebarang bayaran. Bantuan akan diberikan apabila seseorang
pemohon yang memohon bantuan haruslah membuat terlebih dahulu perniagaan yang
ingin dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan perniaga benar-benar serius dalam
perniagaan dan mempunyai rekod perniagaan dalam pertanian. Pemohonan bantuan
boleh dilakukan pada peringkat umur 18 tahun sehingga peringkat seseorang tidak
uzur. Pemohon yang ingin meminta bantuan haruslah mengisi borang yang
disediakan oleh Jabatan Pertanian untuk mendapatkan bantuan.
Berikut merupakan borang bantuan
Selain
itu juga, Jabatan Pertanian turut memberikan kursus kepada petani-petani yang
berjaya mendapat bantuan. Kursus yang diberikan kepada petani adalah selama dua
higga tiga hari. Makanan juga disediakan serta dapat alaun dan sijil. Ini
bertujuan untuk meningkatkan ilmu serta teknik kepada para petani supaya lebih
maju dan berdaya saing antara petani-petani lain.
Berikut merupakan
jadual kursus yang dijalankan di Jabatan Pertanian :
Seterusnya,
Jabatan Pertanian juga akan melakukan lawatan ke tapak projek para petani yang
telah mendapat bantuan. Lawatan ini dilakukan bagi melihat perkembangan para
petani serta peniaga. Lawatan ke tapak projek akan dilakukan sebulan sekali dan
jika ada keperluan akan dilakukan dua kali sebulan. Lawatan dilakukan oleh
Pegawai Perkembangan Kawasan.
HASIL PEMBELAJARAN :
·
Dapat mengetahui
prosedur-prosedur untuk mendapatkan bantuan.
·
Dapat mengetahui borang
apakah yang perlu di isi.
·
Dapat meringankan beban
para petani melalui bantuan yang diberikan.
·
Dapat memberikan
khidmat nasihat kepada para petani.
. Dapat meningkatkan ilmu serta teknik yang betul melalui kursus yang dijalankan.
Disediakan Oleh :1. (S19360) MOHAMMAD NUR HARDY BIN ABD AZIZ
. Dapat meningkatkan ilmu serta teknik yang betul melalui kursus yang dijalankan.
Disediakan Oleh :1. (S19360) MOHAMMAD NUR HARDY BIN ABD AZIZ
2. (S19432) RUHAMIZAH BINTI RUSLAN
3. (S19286) CAROLINA SAMBAI ANAK COLLIN
4. (S19362) MOHD SAHRIL BIN SAHDAN
No comments:
Post a Comment