TARIKH : 15 Januari 2015
MASA : 9.00 pagi
NAMA : Clifford Terry Ningkan
JAWATAN : (Pegawai Cawangan E27
Bagi pemasaran kami telah memilih Lembaga Lada Hitam Malaysia cawangan Bintulu. Hal ini kerana Lembaga Lada Hitam Malaysia ada pemasaran yang baik terutamadalam pengeksport produk ini ke luar negara terutamanya negara Eropah, Japan, Korea dan China. Pemilihan negara ini ialahmereka menitik beratkan dari aspek makanan tertamanya kualiti makanan. Lada Hitam Sarawak ialah Lada Hitam yang berkualiti. Hal ini demikian kerana lada hitam ini diproses dengan cara yang baik seperti dipetik terus dari pokok bukan menunggu buah jatuh ke tanah seperti negara Vietnam dan India yang mempunyai pokok lada hitam setinggi pokok kelapa dan sukar dipetik dan dari segi jemuran lada hitam di Malaysia dijemur berhalaskan tikar atau kain-kain untuk mengelak kotoran pada produk.
Walaupun pengeluaran produk tidak begitu banyak tetapi strategi pemasaran harus kukuh seperti mendapat sijil HACCP dan
sijil Halal. Sijil ini merupakan strategi pemasaran dengan sijil ini pengguna
akan melihat dari segi kebersihan produk dan kualiti produk terjaga. Pengguna
dalam negara dan luar negara juga tidak ragu-ragu untuk menggunakan produk yang
di hasilkan. Halal bukan saja bebas dari khinzir tetapi dengan ada nya logo
halal pengguna akan mementingkan keselamatan dan kebersihan produk tersebut.
Untuk mempromosikan produk mereka menyertai
program MIHAS iaitu program untuk produk yang berasaskan Halal untuk mencari
pembeli dari timur tengah , Japan dan Eropah .Berasaskan halal dan HACCP produk
ini akan menarik minat pengunjung dari negara lain yang mementingkan aspek
kebersihan dan keselamatan produk. MAHA juga salah satu program yang dijalankan
untuk mencari pembeli dan mempamerkan produk di dalam negara dan luar negara
agar produk dapat dikenali.
Dari segi pembungkusan produk meletakkan
nama pada bungkusan ialah lada hitam Sarawak kerana negara luar lebih mengenali
lada hitam Sarawak berbanding Malaysia.Pembungkusan di luar negara bergantung pada negara mereka sendiri.
Disediakan oleh : (S19080) AWIE BIN GAN TING TIAN
No comments:
Post a Comment