Wednesday, 25 February 2015

TEMUBUAL JABATAN PERTANIAN


Temuabual Jabatan Pertanian ini dilakukan bertujuan mengetahui operasi sesebuah penubuhan syarikat yang mana dibantu oleh Jabatan Pertanaian.

TARIKH       : 20 Januari 2015 (SELASA)
MASA           : 2.00 petang
TEMPAT      : Jabatan Pertanian Bintulu, Jalan Rakawi Yusuf, 97000 Bintulu Sarawak,




                NAMA :HENRY TINGGANG WILLIAM JAU SAGING
ASAL : BARAM, MIRI
TARIKH MULA BERKHIDMAT : 5 SEPTEMBER 1994
JAWATAN : PEMBANTU PERTANIAN KANAN DAN PROJECT MONITORING UNITS (PMU)


Jabatan Pertanian adalah bertujuan memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat bagi membantu golongan pertani yang menceburi bidang pertanian. Jabatan Pertanian juga, turut membimbing pengusaha pertanian yang lebih proaktif bagi meningkatkan pengeluaran pertanian Negara. Selain itu, mampu mewujudkan tenaga yang terlatih dalam bidang industri pertanian. Seterusnya, melalui Jabatan Pertanian juga mampu menentukan keluaran hasil tanaman yang selamat dan terkawal dari pencemaran alam sekitar. Jabatan Pertanian juga bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan golongan petani. Melalui temubual yang kami lakukan kami dapat mengetahui bantuan yang diberikan oleh jabatan pertanian. Bantuan terbahagi kepada empat seksyen. 

  Berikut merupakan seksyen bantuan :



Jabatan Pertanian memberi bantuan dari segi input ladang dan peralatan ladang. Bantuan yang diberikan adalah secara percuma ini bertujuan untuk membantu golongan petani tanpa mengenakan sebarang bayaran. Bantuan akan diberikan apabila seseorang pemohon yang memohon bantuan haruslah membuat terlebih dahulu perniagaan yang ingin dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan perniaga benar-benar serius dalam perniagaan dan mempunyai rekod perniagaan dalam pertanian. Pemohonan bantuan boleh dilakukan pada peringkat umur 18 tahun sehingga peringkat seseorang tidak uzur. Pemohon yang ingin meminta bantuan haruslah mengisi borang yang disediakan oleh Jabatan Pertanian untuk mendapatkan bantuan.

Berikut merupakan borang bantuan







Selain itu juga, Jabatan Pertanian turut memberikan kursus kepada petani-petani yang berjaya mendapat bantuan. Kursus yang diberikan kepada petani adalah selama dua higga tiga hari. Makanan juga disediakan serta dapat alaun dan sijil. Ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu serta teknik kepada para petani supaya lebih maju dan berdaya saing antara petani-petani lain.


Berikut merupakan jadual kursus yang dijalankan di Jabatan Pertanian :



Seterusnya, Jabatan Pertanian juga akan melakukan lawatan ke tapak projek para petani yang telah mendapat bantuan. Lawatan ini dilakukan bagi melihat perkembangan para petani serta peniaga. Lawatan ke tapak projek akan dilakukan sebulan sekali dan jika ada keperluan akan dilakukan dua kali sebulan. Lawatan dilakukan oleh Pegawai Perkembangan Kawasan.

          HASIL PEMBELAJARAN :  
      
·         Dapat mengetahui prosedur-prosedur untuk mendapatkan bantuan.
·         Dapat mengetahui borang apakah yang perlu di isi.
·         Dapat meringankan beban para petani melalui bantuan yang diberikan.
·         Dapat memberikan khidmat nasihat kepada para petani.
.         Dapat meningkatkan ilmu serta teknik yang betul melalui kursus yang dijalankan. 

Disediakan Oleh :1. (S19360) MOHAMMAD NUR HARDY BIN ABD AZIZ
                            2. (S19432) RUHAMIZAH BINTI RUSLAN           
                            3. (S19286) CAROLINA SAMBAI ANAK COLLIN
                            4. (S19362) MOHD SAHRIL BIN SAHDAN 

Monday, 23 February 2015

FAMA - PEMASARAN

TARIKH     :  15 Januari 2015

MASA         :  10.00 PAGI

TEMPAT    :  PEJABAT FAMA, BINTULU


PENGENALAN

Fama atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan merupakan orang tengah yang menjalankan tugas untuk membantu para petani memasarkan produk mereka sekaligus meningkatkan pendapatan petani. Fama merupakan orang tengah yang membantu petani.  Fama menyedia program kepada pada petani seperti pembangunan usahawan. Contohnya, pasar tani, agrobazar kedai rakyat dan ladang kontrak.
Dalam program pembangunan usahawan pasar tani Fama memohon lesen untuk para petani menjual produk mereka dan Fama mengenakan bayaran RM2 per hari . Lesen peniagaan tersebut bertempoh selama dua hari. Fama juga membantu dalam mendapatkan lesen C iaitu lesen untuk motorsikal tiga roda yang memudah mereka untuk berniaga. Fama berkerjasama dengan Jabatan Pengangkutan  Jalan untuk membuat lesen C.
Program agrobazar kedai rakyat  pula perlu memenuhi syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh Fama dan diisi secara manual oleh pemohon. Fama juga akan melakukan pemeriksaan kepada pemohon secara berperingkat untuk memastikan pemohon member komitmen dalam perniagaan yang dia inginkan berjalan lancar.
Ladang kontrak juga salah satu cara Fama membantu petani yang berminat untuk mengusahakan ladang sendiri dan Fama akan membantu dari segi benih , teknologi dan pembangunan di ladang seperti stor penyimpanan produk . Fama akan mengambil produk mengikut musim buah-buahan dan sayuran bergantung pada tempoh matang buah-buahan atau sayuran.

Fama juga memasarkan barang secara promosi seperti kiosk iaitu membeli produk dari petani dan meletak jenama Fama iaitu Agromas. Fama juga berperanan dalam penstabil pasaran barangan . Contohnya, Fama membeli buah rambutan RM3 sekilo dan mesti peniaga luar akan membeli rambutan dengan harga yang lebih tinggi dari Fama seperti RM3.50 sekilo rambutan.

PERANAN

Antara  peranan FAMA ialah


  • Memasarkan produk pertanian kepada pelanggan
  • FAMA membangunkan industri atau sektor pertaniaan yang melibatkan pemasaran dan pemprosesan hasil tanaman 
  • Memperluaskan pasaran serta memajukan pemasaran baru bagi hasil pertanian 
RUMUSAN

Seperti yang kita tahu Fama banyak memberi sumbangan kepada orang yang ingin membuka perniagaan dan pihak FAMA juga membantu dalam memasarkan hasil pertanian Industri Kecil dan Sederhana. Hal ini dapat membantu mereka meningkatkan hasil perniagaan dan meneruskan usaha bagi yang ingin berjaya dalam perniagaan.



DISEDIAKAN OLEH : (S19080) AWIE BIN GAN TING TIAN

TEMUBUAL KEMENTERIAN KESIHATAN

Tarikh                : 23 Januari 2015
Masa                 :  2.30 petang

Tempat              : Pejabat Kementerian Kesihatan, Bintulu.



Nama : Muhammad Rafidi Bin Ramly
Jawatan : Pegawai Teknologi Pengendalian Makanan

Agenda : Cara mendapatkan kelulusan daripada pihak kementerian kesihatan berkaitan           keselamatan makanan dan pensijilan halal.

Peranan
Pejabat kementerian kesihatan Bintulu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan berfungsi memastikan makanan yang dijual kepada pengguna selamat dan berkualiti. Seterusnya, unit keselamatan dan kualiti makanan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu domestik, ekport dan import. Bahagian domestik berperanan untuk membuat pemeriksaan kepada premis-premis kecil manakala untu bahagian eksport dan import untuk kilang-kilang yang menegeluarkan produk makanan yang dihantar ke luar Negara. Disamping itu, pemeriksaan atau pemantauan yang dilakukan dibahagian domestik adalah dengan pengambilan sample di setiap premis bagi menguji tahap kebersihan untuk sesebuah premis tersebut. Antara aspek-aspek yang dilihat dalam pensamplelan makanan ialah makrobiologi, bahan kimia dan fizikal makanan. Hal ini diambil daripada ciri-ciri makan yang terdapat disetiap premis tersebut.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh pihak kementerian kesihatan adalah operasi pemantauan makanan melalui pensampelan, penghantaran sampel ke makmal bagi melakukan proses analisis untuk mendapatkan produk yang selamat dan bebas daripada bahan kimia. Disamping itu,pihak kementerian juga melakukan operasi pemeriksaan dan menilai premis makanan. Sebagai contoh sekiranya premis tersebut tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak kementerian, mereka akan diarahkan untuk melakukan aktiviti pembersihan premis mengikut kehendak pihak kementerian. Selain itu, aktiviti pihak kementerian ialah melalui pendidikan keselamatan yang dilakukan menerusi pameran,media massa, edaran risalah dan sebagainya.

 Antara Akta Yang Digunakan kementerian kesihatan ialah
  1. Akta Makanan 1983
  2. Peraturan Makanan 1985
  3. Peraturan Kebersihan 2009
  4. Eksport Ikan dan Penghasilan Ikan
  5. Peraturan Radiasi 2011

Antara Pensijilan Halal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan


GMP - Good Manufacturing Practice


HACCP -  Hazard Analysis and Critical Control Practise


MESTI – IKS

Harga Pensijilan yang ditetapkan oleh Pihak Kementerian
  1. Sijil Penjualan Bebas                       – RM30
  2. Sijil Penjualan Kesihatan Makanan – RM80
Rumusan
Rumusan yang dapat dibuat adalah Kementerian Kesihatan amat penting dalam penghasilan makanan hal ini kerana pihak kementerian sangat mengambil berat akan hal keselamatan makanan yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh sesebuah  syarikat atau perniagaan. Selain itu, ramuan roti bakery juga dititik beratkan agar tidak berlebihan dan boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

DISEDIAKAN OLEH: 1)  S19286 Carolina Sambai Anak Collin
                                       2)  S19432 Ruhamizah Binti Ruslan

PERBINCANGAN KE SEBELAS BERKAITAN PEMASARAN

TARIKH          : 15 Januari 2015
MASA               : 9.00 pagi

NAMA               : Clifford Terry Ningkan                                  
JAWATAN       : (Pegawai Cawangan E27

Bagi pemasaran kami telah memilih Lembaga Lada Hitam Malaysia cawangan Bintulu. Hal ini kerana Lembaga Lada Hitam Malaysia ada pemasaran yang baik terutamadalam pengeksport produk ini ke luar negara terutamanya negara Eropah, Japan, Korea dan China. Pemilihan negara ini ialahmereka menitik beratkan dari aspek makanan tertamanya kualiti makanan. Lada Hitam Sarawak ialah Lada Hitam yang berkualiti. Hal ini demikian kerana lada hitam ini diproses dengan cara yang baik seperti dipetik terus dari pokok bukan menunggu buah jatuh ke tanah seperti negara Vietnam dan India yang mempunyai pokok lada hitam setinggi pokok kelapa dan sukar dipetik dan dari segi jemuran lada hitam di Malaysia dijemur berhalaskan tikar atau kain-kain untuk mengelak kotoran pada produk.

Walaupun pengeluaran produk tidak  begitu banyak tetapi strategi pemasaran harus kukuh seperti mendapat sijil HACCP dan sijil Halal. Sijil ini merupakan strategi pemasaran dengan sijil ini pengguna akan melihat dari segi kebersihan produk dan kualiti produk terjaga. Pengguna dalam negara dan luar negara juga tidak ragu-ragu untuk menggunakan produk yang di hasilkan. Halal bukan saja bebas dari khinzir tetapi dengan ada nya logo halal pengguna akan mementingkan keselamatan dan kebersihan produk tersebut.

Untuk mempromosikan produk mereka menyertai program MIHAS iaitu program untuk produk yang berasaskan Halal untuk mencari pembeli dari timur tengah , Japan dan Eropah .Berasaskan halal dan HACCP produk ini akan menarik minat pengunjung dari negara lain yang mementingkan aspek kebersihan dan keselamatan produk. MAHA juga salah satu program yang dijalankan untuk mencari pembeli dan mempamerkan produk di dalam negara dan luar negara agar produk dapat dikenali.
Dari segi pembungkusan produk meletakkan nama pada bungkusan ialah lada hitam Sarawak kerana negara luar lebih mengenali lada hitam Sarawak berbanding Malaysia.Pembungkusan di luar  negara bergantung pada negara mereka sendiri.


Gambar bersama penemubual

Disediakan oleh : (S19080) AWIE BIN GAN TING TIAN

Sunday, 15 February 2015

Perbincangan kesembilan : Temubual Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

Tarikh       : 16 Januari 2015
Masa         : 9.00 pagi
Tempat      : Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Jalan Tanjung Kidurong, 97000 Bintulu, Sarawak
Nama        : Clement Anak Achoi
Jawatan     : Pegawai Pengurusan Pengiklanan dan Program
Nama        : Puan Jehan binti Bujang (Unit Perlesenan)
Jawatan     : Ketua Unit Perlesenan

Agenda : Mengetahui syarat permohonan lesen permit perniagaan dan tugas BDA.

Pengenalan

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen untuk semua jenis perniagaan berdasarkan kuasa dan ordinan yang telah diperuntukan. Lesen perniagaan yang dikeluarkan BDA dikenakan bayaran pada setiap peralatan yang ada dalam premis sebagai contoh kedai makan peralatang yang digunakan seperti meja, kerusi, dapur. Pihak Bda mempunyai hak untuk mendakwa dan menyaman mana-mana premis yang melanggar peraturan yang ditetapkan seperti tidak mempunyai lesen yang sah atau lesen telah tamat tempoh. Untuk penglulusan lesen perniagaan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Perlesenan dan Sewa (JPS) dimana mereka yang akan meluluskan sama ada premis tersebut layak atau tidak untuk mendapat lesen perniagaan. Pihak BDA akan mengeluarkan lesen setelah mendapat kelulusan daripada pihak JPS. Pihak BDA akan melakukan pemeriksaan secara mengejut keatas premis perniagaan untu memastikan sama ada lesen perniagaan masih hidup atau telah tamat tempoh. Sekiranya lesen telah tamat tempoh pihak BDA akan mengeluarkan notis amaran sebanyak 3 kali (14 hari bekerja tempoh bayaran). Seterusnya, sekira notis amaran yang diterima telah lebih 3 kali pihak perniagaan akan dikenakan kopaun sebanyak RM10000.



Proses Permohonana

Bagi permohonan permit perniagaan (lesen) pemilik perlu mendaftar nama dan syarikat terlebih dahulu di Pejabat Residen. Mengemukan sijil pendaftaran syarikat di unit perlesanan (BDA). Pemohon perlu mengemukan makluman syarikat atau perniagaan seperti latar belakang syarikat serta gambar pemilik. Membuat pemeriksaan kesihatan di Kementerian Kesihatan. Pemeriksaan kesihatan perlu dibuat ke atas pemilik, pekerja dan kebersihan premis untuk memastikan produk yang dikeluarkan oleh syarikat atau perniagaan tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna terutama produk keluaran makanan. Syarikat atau perniagaan yang mengeluarkan produk makanan perlu mengemukan mengambil kursus pengendalian makanan di Sedamai Kolej untuk mendapatkan sijil pengendalian makanan. Selain itu, salinan perjanjian sewa premis atau surat hakmilik perlu dikemukakan. Lokasi premis perlu terletak di kedai atau kawasan yang komersial. Bayaran yang dikenakan untuk lesen membuat roti atau kek (Bakery) sebanyak RM241 setahun dan lesen perlu diperbaharui setiap tahun. Pihak BDA tidak mempunyai proses pendaftaran secara online kerana lebih mudah untuk pemilik mendaftar secara manual dan maklumat dapat disampaikan secara jelas dan tepat. 

Syarat Pendaftaran
  •         Daftar Syarikat (Pejabat Residen)
  •         Gambar dank ad pengenalan pemilik
  •          Pemeriksaan Kesihatan (body checkup) di Kementerian Kesihatan
  •          Sijil Kursus pengendalian makanan (Sedamai kolej)
  •          Perjanjian dengan pemilik kedai (sewa)
  •          Lokasi premis (layout)
  •          Sijil penempatan (occupation permit)
  •          Pekerja dan pemilik mempunyai kursus dan pemeriksaan kesihatan

Carta Aliran Permohonan Lesen





Jenis Lesen yang dikeluarkan

    






Borang Permohonan Lesen Perniagaan







Bersama Encik Clement Anak Achoi





Bersama  Puan Jehan binti Bujang (Unit Perlesenan)





Untuk keterangan lanjut mengenai permohonan lesen permit boleh terus ke Unit Perlesenan, 
Pejabat PERBINDA

Disediakan oleh : (S19441) SITI FARHANA BINTI ISMAIL









Sunday, 8 February 2015

PERBINCANGAN KELAPAN : TEMUBUAL PEJABAT RESIDEN

Tarikh         : 15 Januari 2015
Masa           : 8.30 pagi
Tempat       : Pejabat Residen  Bintulu, Residen,
                      Wisma Residen, Jalan Tun Razak,Sarawak,
                       97000, Bintulu.
Nama          : Nur Ain Binti Hussen
Jawatan      : Pembantu Tadbir
Agenda       
  •   Cara pendaftaran perniagaan dan syarat untuk mendapatkan lessen

Pengenalan
Pejabat residen Bintulu membantu dalam mengeluarkan sijil pendaftaran syarikat enterprise. Untuk SDN BHD tidak boleh mendaftar dengan Pejabat Residen, perlu mendaftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bertempat di Kuching. Berbeza dengan Semenanjuang dimana syarikat jenis enterprise dan SDN BHD boleh mendaftara di SSM. Sekiranya individu ingin menukar status perniagaannya dari enterprise kepada SDN BHD mestilah melebihi 2 orang perkongsian dalam perniagaannya. Seorang individu yang mendaftar syarikatnya boleh memakai sebanyak 10 kali namanya. Pendaftaran secara manual tidak menggunakan atas talian (online)

Proses Pendaftaran
Syarikat perlu mendaftar perniagaan mereka di Pejabat Residen untuk mendapat kan lesen perniagaan. Lesen perniagaan hanya dikeluarkan untuk satu tempat bagi setiap lesen. Lesen dikeluarkan pejabat Perbendaharaan tetapi di Sabah dan Sarawak Pejabat Residen yang mengeluarkan lessen pendaftaran syarikat. Untuk pendaftaran syarikat boleh dibuat pada umur 18 tahun keatas dengan syarat mempunyai akaun dewasa. Bagi pemilihan nama syarikat tidak boleh sama dengan nama syarikat lain yang telah mendaftar. Nama syarikat yang ingin didaftar tidak boleh didaftar dengan SDN BHD dan kenyalang. Yuran bagi pendaftaran syarikat dikenakan sebanyak RM77 . Bagi individu yang mendaftar jenis perniagaan mereka kemudian menjalankan perniagaan jenis lain dari yang telah didaftar, mereka perlu kemaskini dengan Pejabat Residen. Lesen pendaftaran akan diluluskan selama 14 hari pekerja dan sijil pendaftaran syarikat tidak mempunyai tarikh luput. Tempoh tamat bagi lesen pendaftaran syarikat pula selama setahun sekiranya lesen pedaftaran syarikat tidak diperbaharui selama 30 hari selepas tamat tempoh denda akan dikenakan. Sekiranya berlaku bencana alam atau rompakan keatas syarikat perlu membuat laporan polis dan nombor pendaftaran syarikat serta sediakan setem biasa berharga RM5. Pendaftaran baru perlu dibuat semula untuk mendapatkan lesen perniagaan sekiranya hilang atau berlaku bencana alam.

   Syarat-syarat Pendaftaran 
  •  Salinan kad pengenalan pemilik.
  •  Perjanjian sewaan (sekiranya premis disewa).
  • Sediakan penyata pembelian dan jualan.
  • Cop syarikat (nama syarikat dan alamat komersial syarikat/perniagaan).
  • Setem hasil, setem duti.






Contoh : Borang semakan pendaftaran perniagaan





Contoh : Borang pendaftaran ordinan.




Contoh:1. Laporan polis (berlaku bencana/rompakan)
            2. Memorandum pertukaran jenis perniagaan
  (Enterprise ke SDN BHD)



Temubual Bersama Cik Nur Ain


Disediakan Oleh : (S19441) SITI FARHANA BINTI ISMAIL

Saturday, 17 January 2015

PERBINCANGAN KETUJUH

Tarikh        : 9 Desember 2014

Masa           : 9.00 pagi

Tempat       : Jabatan Kimia, Peti Surat 1346, Jalan Tun Razak, Sarawak, 97008 Bintulu

Nama          : Hasrul Zamir Bin Hashim

Jawatan      : Pegawai Sains Jabatan Kimia

Agenda       
  • Mengetahui peranan Jabatan Kimia dalam membantu perniagaan makaanan terutam  perniagaan roti.



Pengenalan

Jabatan Kimia Malaysia Daerah Bintulu merupakan agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Membantu dalam menentukan kandungan nutrisi didalam pengeluaran produk makanan (labeling) untuk pembungkusan. Selain itu, Mengenal pasti bahan kimia didalam sesuatu produk. Jabatan Kimia Malaysia juga membantu Kementerian kesihatan dalam melakukan pemeriksaan keatas sample yang dihantar oleh Kementerian kesihatan setiap minggu.

Peranan

Jabatan Kimia hanya melakukan ujian keatas sample makanan atau produk yang dihantar oleh pemohon untuk diletakkan pada bungkusan mereka (labeling nutrisi). Jabatan Kimia hanya melakukan ujian nutrisi untuk jumlah protein, lemak, karbohidrat dan tenaga. Jabatan Kimia tidak memberikan sebarang khidmat nasihat untuk nutris yang baik untuk manusia. Mereka hanya melakukan ujian dan menentukan kandungan didalm produk tersebut. Sebelum memohon untuk Jabatan Kimia melakukan ujian pihak pemhon perlu membuat panggil terlebih dahulu dan kemudian mengemukakan satu surat ringkas permohonan untuk membuat ujian kandungan nutrisi keatas produk pemohon. Setiap 1 sample yang di hantar oleh pemohon untuk dilakuakn ujian dikenankan bayaran RM135 untuk setiap sample yang diterima oleh Jabatan Kimia.

Proses Permohonan
·         
  •     Pemohon mengemukankan satu surat ringkas dan hantar sample ke Jabatan Kimia.
  •     Ahli Kimia akan mengeluarkan resit.
  •     Pelanggan membuat bayaran dan terima resit
  •     Tempoh proses selama 2-4 minggu/(1bulan)





Contoh : Surat ringkas yang perlu dibuat oleh pemohon






Contoh : Keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web

Disediakan oleh : (S19441) SITI FARHANA BINTI ISMAIL