Saturday 20 December 2014

PERBINCANGAN KE EMPAT : TEMU BUAL NINA BAKERY

TARIKH                : 20 DESEMBER 2014 (SABTU)
MASA                    : 11.30 PAGI
TEMPAT                :  NINA BAKERY

Pada 20 Disember 2014 bersamaan dengan hari Sabtu kumpulan kami telah pergi ke Nina Bakery yang beralamat di No.9, Ground Floor, Jalan Sommerville, 97000 Bintulu , Sarawak yang bertujuan untuk menjalankan temuduga.Tepat pada pukul 10.00 pagi kami telah tiba kedai Nina Bakery dan kami mendapat berita dari pekerja Nina Bakery yang pengurus Nina Bakery iaitu Encik Muhd Aznie mengalami kelewatan untuk datang ke kedai kerana mengalami sedikit masalah peribadi dan kemungkinan aktiviti temuduga dengan beliau akan dilewatkan selama sejam ataupun dua jam.Sementara menunggu kumpulan kami telah  melakukan perbincangan sebelum sesi temuduga dijalankan.Tepat pada pukul 11.30,Encik Muhd Aznie telah tiba di kedai dan kami telah menjalankan temuduga bersama beliau yang dijalankan selama satu jam. Pelbagai input yang kami perolehi untuk projek rancangan perniagaan kami.


AKTIVITI : 


  1. Menemubual pengurus NINA BAKERY En. Mohd Aznie Bin Abdulah.
  2.  Cara pengendalian perniagaan NINA BAKERY.
  3. Proses untuk menubuh kan NINA BAKERY.
  4. Strategi pemasaran dan modal permulaan.
  5. Waktu operasi dan pembahgian pengurusan operasi.
  6. Visi dan misi NINA BAKERY.

PENGURUS NINA BAKERY


BIODATA PEMILIK :
  • NAMA       : MOHD AZNIE BIN ABDULLAH
  • ASAL         : MUKAH, SARAWAK
  • UMUR       : 47 TAHUN

HASIL PERBINCANGAN :
  •      Kami sekumpulan dapat mengetahui lebih dalam langkah-langkah untuk menghasilkan roti  
  •          Dapat mengetahui prosedur untuk menubuhkan syarikat.
  •          Dapat mempelajari teknik dan cara pemasaran yang digunakan.
  •          Kami dapat mengetahui bantuan apakah yang diperoleh.
  •          Dapat mengetahui lessen apakah yang diperlukan bagi sesebuah syarikat.
  •          Dapat mempelajari operasi yang digunakan oleh syarikat Nina Bakery.
  •          Dapat mengetahui bagaimana pengambilan pekerja.
  •          Dapat mengetahui dari manakah kewangan diperoleh.
Apakah yang dapat di aplikasikan oleh syarikat kami iaitu Syarikat Jaya Bakery ?



KESIMPULAN :

Nina bakery merupakan salah satu perniagaan yang dikendali oleh bumiputera yang merupakan perniagaan jenis perkongsian. Nina bakery telah beroperasi sejak 2006 pada permulaan 2 tahun nina bakery hanya dijalan kan di rumah sahaja. Permulaan perniagaan nina bakery tidak menggunakan pinjaman dari mana-mana pihak. Perniagaan nina bakery bermodal kan hanya dengan wang simpanan milik pengurus nina bakery dan ahli keluarga. Sebelum memulankan pernigaan pemilikan nina bakery telah mendapatkan kursus pembuatan roti dan pastri terlebih dahulu. Selepas 2 tahun beroperasi dirumah barulah nina bakery membuka kedai sendiri dengan hasil dari jualan dirumah. Pengeluaran produk nina bakery dijalan kan setiap hari dan produk yang hampir tamat tempoh akan diambil dan dibuat sebagai serbuk roti atau dibuang bagi memastikan kualiti produk terjamin. Nina bakery memasarkan produk secara kecil-kecil seperti penghantaran di kiosk UPMKB,penempahan dari syarikat minyak dan kapal. Harga pula berbeza sekira yang beli terus dari kedai nina bakery lebih murah berbanding beli dari pengedar mereka. Ini kerana nin bakery perlu mengikut harga pasaran luar untuk penjualan roti. Nina bakery juga merupakan pembekal  roti kepada marrybrown.

Antara agensi yang terlibat dalam membantu penubuhan Nina bakery ialah pejabat daerah yang membantu dalam proses pendaftaran nina bakery dan lesen premis perniagaan. Selain itu, jabatan pertanian membantu dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar serta bantuan dari segi peralatan dan mesin. JAIS pula memberikan sijil halal dan memastikan produk terjamin. Seterusnya jabatan kesihatan dan kimia memastikan keselamatan produk dan mengeluarkan label kandungan produk pada bungkusan roti. Fama turut membantu dalam pemasaran dan khidmat nasihat. 


Disediakan oleh : (S19080) Awie Bin Gan Ting Tian
                              (S19286) Carolina Sambai Anak Collin
                              (S19360) Mohamad Nor Hardy Bin Abdul Aziz
                              (S19362) Mohd Shahril Bin Shahdan
                              (S19432) Ruhamizah Binti Ruslan
                              (S19441) Siti Farhana Binti Ismail

3 comments:

  1. How about operation?
    Marketing strategy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dr.. utk marketing strategy nina bakery mengunakan penyampain dri mulut ke mulut disebabkan perniagaan tidak telalu besar mereka tidak menggunakan pengiklaan pada permulaan dan sekarang mereka mempunyai FB nina bakery. Dan operasi pula mereka mulakn pembuatan roti dan pastri di rumah pada mulanya dan selepas itu dijalan kan di premis perniagaan mereka... untuk penerangan lebih jelas kami akan update bahagian operasi dan marketing strategy secepat mungkin.

      Delete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete