Sunday 1 March 2015

TEMUBUAL MDS MART SDN BHD

Tarikh: 25 Februari 2015
Masa: 2.00 petang
Tempat: MDS Mart Sdn. Bhd
Nama: Pn. Bidan Binti Bujang
Jawatan: Human Resource Supervisor




Pengenalan

MDS adalah Medan Discount Store pada suatu ketika dahulu dan kini mempunyai nama yang tersendiri iaitu MDS Mart Sdn. Bhd. MDS merupakan salah satu pasaraya yang menjual pelbagai jenis  keperluan yang dapat memberi kemudahan kepada pengguna. Setersnya, di Bintulu MDS mempunyai 5 cawangan iaitu di MDS Medan Jaya, MDS Mart Kemena, MDS Tatau,  2 kawasan di Jepak dan MDS Sibu. Selain itu, MDS bukan sahaja sebuah pasaraya malah mempunyai bidang lain yang juga dikendalikan oleh syarikat MDS yang telah diubah nama seperti Kopitiam, Ayam  Asia BBQ serta mempunyau gudang sendiri dimana digudang tersebut digunakan untuk membekalkan keperluan kepada MDS sendiri dan juga kepada orang luar yang memerlukan. Hal ini bahawa MDS bukan sahaja memfokuskan kepada pasaraya malah juga kepada banyak pengendalian lain. Di samping itu, maklumat berkaitan dengan sumber manusia berada hanya di 3 kawasan seperti MDS Medan Jaya, MDS Jepak dan MDS Sibu.

Prosedur pengambilan pekerja dan kriteriayang dinilai terhadap seseorang pekerja:

  • Minat
  • Kemahuan untuk maju
  • Menyumbang untuk syarikat

Antara kriteria lain yang dinilai adalah berpandukan jawatan atau tempat untuk seseorang pekerja itu mohon. Sebagai contoh untuk bahagian juruwang dipasaraya MDS akan menempatkan seorang pekerja yang berpendidikan SPM dan untuk bahagian pembungkusan tidak dinilai dari segi pendidikan malah hanya memandang kepada tahap kecerdasan iaitu boleh menulis dan membaca. Seterusnya, untuk bahagian pejabat iaitu bahagian yang memerlukan taraf pendidikan yang tinggi serta pengalaman selama 3 bulan akan diberi latihan serta tunjuk ajar oleh staf senior.

Kenaikan pangkat

Dari segi kenaikan pangkat akan dinilai berpandukan prestasi, pencapaian, komitmen, tugas dan tangungjawab  seseorang pekerja.selain itu, jika seseorang itu mempunyai pendidikan tinggi tetapi tidak mempunyai pengalaman maka ianya akan dipertimbangkan. Hal ini kerana bagi yang mempunyai pendidikan tinggi seperti sehingga ke peringkat ijazah tetapi tidak mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan bekerja akan diberi latihan sebelum diserap masuk ke bahagian yang di inginkan kerana untuk bahagian pejabat memerlukan pekerja yang mahir dalam bidang kewangan untuk mengatur pengeluaran dan kemasukan duit dalam ssesebuah syarikat.

Kemudahan kepada pekerja:

Ø  Hostel
Diberikan kepada setiap pekerja lelaki, perempuan dan yang sudah bekeluarga. Kemudan tempat tinggal ini diberikan kepada pekerja yang mempunyai minat untuk berkhidmat kepada syarikat. Selain itu untuk pekerja yang mempunyai tempat tinggal yang jauh daripada tempat kerja. Bayaran dikenakan kepada setiap pekerja sejumlah RM50.00 sebuan untuk bayaran bil api dan air. Syarika hanya akan  menyediakan peti ais sahaja.

Ø  Pengangkutan
Pengangkutan disediakan kepada pekerja mengikut waktu yang ditetapkan iaitu pada waktu pagi pada pukul 8.30 pagi dan pada waktu malam selepas pukul 10 malam.

Ø  Latihan atau pengalaman
Setiap pekerja baru yang bekerja akan diberi latihan selama 3 bulan  dan diberi tunjuk ajar oleh pekerja atasan yang telah berpengalan mengikut setiap kawasan. Di samping itu, latihan ini akan diberikan kepada pekerja baru dan berpengalaman.

Ø  Kerja
Setiap pekerja akan bekerja 4 peralihan / shift iaitu 8 jam seiap hari. Manakala bagi bekerja lebihan masa akan dibayar gaji menikut kiraan 1jam x dengan asas bagi setiap pekerja tersebut.

Ø  Gaji
-          Pekerja baru : RM800/bulan
-          Pekerja berpengalaman / di bahagian pejabat : RM2000 ke atas/bulan

Ø  Cuti yang diberikan
-          Cuti mingguan : 1hari cuti / 6 hari bekerja
-          Cuti public holiday
-          Bagi ibu bersalin selama 2 bulan

Ø  Jaminan syarikat kepada pekerja yang sakit atau kemalangan ditempat kerja
-          Dapat claim duit daripada syarikat dengan syarat mempunyai pengesahan daripada doktor dan hospital ataupun klinik
-          Surat cuti daripada syarikat

Kesalahan dan tindakan yang dilakukan terhadap pekerja

Ø  Kesalahan :
1.      Datang lewat
2.      Tidak menhikut jadual bwaktu bekerja
3.      Ponteng kerja atau tidak masuk bekerja tanpa sebarang alasan

Ø  Tindakan
Daripada kesalahan berikut, pihak syarikat akan memberikan 3 kali surat amaran kepada pekerja yang melakukan kesalahan sedemikian serta akan diberikan kaunseling.

Ø  Kesalahan berat seperti mencuri pihak syarikat akan mengajukan tindakan terus kepada puhak polis dan kes seperti ini akan dianggap sebagai kes jenayah kerana melakukan kerucian terhadap syarikat.

Kesimpulan

Untuk menangani isu-isu dan hal-hal yang bersangkutan dengan sumber manusia bukanlah satu tugas yang mudah. Soal pengambilan dan pemilihan tenaga kerja (sumber manusia) adalah merupakan langkah pertama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Oleh itu, para pengurus sumber manusia hendaklah senantiasa peka terhadap isu-isu dan persekitaran tentang aspek sumber manusia kerana ianya merupakan satu kelebihan kepada sesebuah organisasi. Penyediaan satu perancangan sumber manusia yang terancang, teratur dan mengambilkira semua faktor yang berkaitan akan dapat membantu organisasi di dalam proses pencapaian matlamatnya secara keseluruhan.


DISEDIAKAN OLEH :
  1. (S19080) AWIE BIN GAN TING TIAN
  2. (S19360) MOHAMMAD NUR HARDY BIN ABD AZIZ
  3. (S19432) RUHAMIZAH BINTI RUSLAN





1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete