Saturday 20 December 2014

PERBINCANGAN KELIMA

LATAR BELAKANG SYARIKAT


NAMA SYARIKAT            : JAYA BAKERY
JENIS PERNIAGAAN      : MILIKAN TUNGGAL @ PERSENDIRIAN
SYARAT PENUBUHAN SYARIKAT :

Pendaftaran syarikat perlu dibuat di bawah Akta Syarikat 1965. Dimana jenis perniagaan kami ialah milikan tunggal. Perniagaan kami perlu didaftarkan dibawah seksyen pendaftaran syarikat bagi pendaftaran perniagaan baru. Setiap perniagaan jenis milikan tunggal atau perkongsian yang ingin ditubuh perlu mendaftar dibawah seksyen perdaftaran perniagaan. Seterusnya, perniagaan atau syarikat perlu mendaftar di bawah seksyen skim kepentingan. Seksyen skim kepentingan ini membantu memastikan pemegang-pemegang skim kepentingan mendapat hak mengguna seperti yang dijanjikan dalam surat ikatan amanah. Selain itu, pendaftaran perlu dibuat dibawah seksyen pengurusan pentadbiran koperat bagi menyelenggarakan dan mengawas pemerbadanan Akta Syarikat 1965 bagi permohonan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dengan mendapat kelulusan Menteri. Menyelengara permohonan korporat dan pendaftaran di bawah Akta Syarikat Amanah 1949.


Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pendaftaran syarikat atau perniagaan boleh rujuk di laman wed http://www.ssm.com.my/ms/perkhidmatan_pendaftaran


Sumber rujukan : http://www.ssm.com.my/ms/perkhidmatan_pendaftaran


 DISEDIAKAN OLEH  :    (S19441)  SITI FARHANA BINTI ISMAIL
                                              (S19932) RUHAMIZAH BINTI RUSLAN
                                              (S19286) CAROLINA SAMBAI ANAK COLLIN
                                              (S19360) MOHAMMAD NUR HARDY BIN ABD AZIZ
                                              (S19080) AWIE BIN GAN TING TIAN
                                              (S19362)  MOHD SAHRILBIN SAHDAN

PERBINCANGAN KE LIMA : LATAR BELAKANG INDUSTRI

TARIKH         : 21 DESEMBER 2014 (SABTU)
MASA             : 10 PAGI
TEMPAT        : KOLEJ KEDIAMAN 2 (KK2)

AKTIVITI :

  • LATAR BELAKANG INDUSTRI BAKERY


Bidang perniagaan yang kami ceburi merupakan industri kecil dan sederhana. Perniagaan kami ini tertumpu kepada pengeluaran dan pembuatan bakeri seperti kek, biskut,roti dan lain-lain.
Industri kecil dan sederhana (IKS) dikenali sebagai perusahaan perkilangan atau industri yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan dengan pusingan ganti tahunan 25 juta dan menggajikan kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Organisasinya juga adalah mudah dimana terdiri daripada ahli keluarga dan penduduk setempat manakala modal yang dikeluarkan adalah terhad dan dibantu juga oleh FAMA, Jabatan Pertaniaan, MIDF.  Industri adalah merupakan suatu usaha atau kegiatan pembuatan bahan mentah separuh jadi menjadi bahan jadi yang mempunyai nilai tambah untuk mendapatkan keuntungan. Terdapat pelbagai kegiatan dalam industri kecil dan sederhana antaranya ialah industri berasaskan sumber, industri berasaskan pemprosesan makanan, industri berasaskan elektrik dan elektronik.
Selain itu, Penglibatan dalam industri kecil dan sederhana (IKS) dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan juga negara. Terdapat pelbagai agensi yang memberi khidmat nasihat kepada industri kecil dan sederhana contoh seperti SMIDEC, MARDI dan MARA.
Berdasarkan  kajian profil industri kek, pastri dan roti oleh pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, didapati bahawa perniagaan bakeri runcit pada keseluruhannya memerlukan pelaburan pada purata RM100,000 (RM20,000 sehingga RM3500), dengan tahap pulangan dalam 25-30%. Perniagaan ini boleh diketegorikan sebagai perniagaan yang sederhana stabil serta berpotensi untuk dimajukan oleh usahawan sebagai perniagaan pemilikan tunggal.

RUJUKAN


 DISEDIAKAN OLEH  :    (S19441)  SITI FARHANA BINTI ISMAIL
                                              (S19932) RUHAMIZAH BINTI RUSLAN
                                              (S19286) CAROLINA SAMBAI ANAK COLLIN
                                              (S19360) MOHAMMAD NUR HARDY BIN ABD AZIZ
                                              (S19080) AWIE BIN GAN TING TIAN
                                              (S19362)  MOHD SAHRILBIN SAHDAN


PERBINCANGAN KE EMPAT : TEMU BUAL NINA BAKERY

TARIKH                : 20 DESEMBER 2014 (SABTU)
MASA                    : 11.30 PAGI
TEMPAT                :  NINA BAKERY

Pada 20 Disember 2014 bersamaan dengan hari Sabtu kumpulan kami telah pergi ke Nina Bakery yang beralamat di No.9, Ground Floor, Jalan Sommerville, 97000 Bintulu , Sarawak yang bertujuan untuk menjalankan temuduga.Tepat pada pukul 10.00 pagi kami telah tiba kedai Nina Bakery dan kami mendapat berita dari pekerja Nina Bakery yang pengurus Nina Bakery iaitu Encik Muhd Aznie mengalami kelewatan untuk datang ke kedai kerana mengalami sedikit masalah peribadi dan kemungkinan aktiviti temuduga dengan beliau akan dilewatkan selama sejam ataupun dua jam.Sementara menunggu kumpulan kami telah  melakukan perbincangan sebelum sesi temuduga dijalankan.Tepat pada pukul 11.30,Encik Muhd Aznie telah tiba di kedai dan kami telah menjalankan temuduga bersama beliau yang dijalankan selama satu jam. Pelbagai input yang kami perolehi untuk projek rancangan perniagaan kami.


AKTIVITI : 


  1. Menemubual pengurus NINA BAKERY En. Mohd Aznie Bin Abdulah.
  2.  Cara pengendalian perniagaan NINA BAKERY.
  3. Proses untuk menubuh kan NINA BAKERY.
  4. Strategi pemasaran dan modal permulaan.
  5. Waktu operasi dan pembahgian pengurusan operasi.
  6. Visi dan misi NINA BAKERY.

PENGURUS NINA BAKERY


BIODATA PEMILIK :
  • NAMA       : MOHD AZNIE BIN ABDULLAH
  • ASAL         : MUKAH, SARAWAK
  • UMUR       : 47 TAHUN

HASIL PERBINCANGAN :
  •      Kami sekumpulan dapat mengetahui lebih dalam langkah-langkah untuk menghasilkan roti  
  •          Dapat mengetahui prosedur untuk menubuhkan syarikat.
  •          Dapat mempelajari teknik dan cara pemasaran yang digunakan.
  •          Kami dapat mengetahui bantuan apakah yang diperoleh.
  •          Dapat mengetahui lessen apakah yang diperlukan bagi sesebuah syarikat.
  •          Dapat mempelajari operasi yang digunakan oleh syarikat Nina Bakery.
  •          Dapat mengetahui bagaimana pengambilan pekerja.
  •          Dapat mengetahui dari manakah kewangan diperoleh.
Apakah yang dapat di aplikasikan oleh syarikat kami iaitu Syarikat Jaya Bakery ?



KESIMPULAN :

Nina bakery merupakan salah satu perniagaan yang dikendali oleh bumiputera yang merupakan perniagaan jenis perkongsian. Nina bakery telah beroperasi sejak 2006 pada permulaan 2 tahun nina bakery hanya dijalan kan di rumah sahaja. Permulaan perniagaan nina bakery tidak menggunakan pinjaman dari mana-mana pihak. Perniagaan nina bakery bermodal kan hanya dengan wang simpanan milik pengurus nina bakery dan ahli keluarga. Sebelum memulankan pernigaan pemilikan nina bakery telah mendapatkan kursus pembuatan roti dan pastri terlebih dahulu. Selepas 2 tahun beroperasi dirumah barulah nina bakery membuka kedai sendiri dengan hasil dari jualan dirumah. Pengeluaran produk nina bakery dijalan kan setiap hari dan produk yang hampir tamat tempoh akan diambil dan dibuat sebagai serbuk roti atau dibuang bagi memastikan kualiti produk terjamin. Nina bakery memasarkan produk secara kecil-kecil seperti penghantaran di kiosk UPMKB,penempahan dari syarikat minyak dan kapal. Harga pula berbeza sekira yang beli terus dari kedai nina bakery lebih murah berbanding beli dari pengedar mereka. Ini kerana nin bakery perlu mengikut harga pasaran luar untuk penjualan roti. Nina bakery juga merupakan pembekal  roti kepada marrybrown.

Antara agensi yang terlibat dalam membantu penubuhan Nina bakery ialah pejabat daerah yang membantu dalam proses pendaftaran nina bakery dan lesen premis perniagaan. Selain itu, jabatan pertanian membantu dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar serta bantuan dari segi peralatan dan mesin. JAIS pula memberikan sijil halal dan memastikan produk terjamin. Seterusnya jabatan kesihatan dan kimia memastikan keselamatan produk dan mengeluarkan label kandungan produk pada bungkusan roti. Fama turut membantu dalam pemasaran dan khidmat nasihat. 


Disediakan oleh : (S19080) Awie Bin Gan Ting Tian
                              (S19286) Carolina Sambai Anak Collin
                              (S19360) Mohamad Nor Hardy Bin Abdul Aziz
                              (S19362) Mohd Shahril Bin Shahdan
                              (S19432) Ruhamizah Binti Ruslan
                              (S19441) Siti Farhana Binti Ismail

PERBINCANGAN KE EMPAT : PERANCANGAN TEMUBUAL



TARIKH        : 19 DISEMBER 2014 (JUMAAT)
MASA            : 8.00 –10.00 MALAM
TEMPAT       : KOLEJ KEDIAMAN 2 (KK2)

AKTIVITI : 


  • PERBINCANGAN TENTANG PEMILIHAN SYARIKAT TEMUBUAL

 

Perjumpaan yang keempat kami lakukan adalah membincangkan tentang sasaran atau pemilihan syarikat untuk melakukan temubual. Kami berbincang bersama ahli kumpulan tentang  syarikat yang sesuai serta selaras dengan perniagaan bakeri yang kami lakukan. Kumpulan kami telah mensasarkan dua buah syarikat bakery yang ingin di temubual yang  pertama ialah syarikat Nina Bakery dan yang kedua ialah syarikat J N J bakery. Kedua - dua syarikat ini bertempat di sekitar Bintulu. Akhir sekali, kami sekumpulan telah memilih syarikat Nina Bakery sebagai sasaran temubual kami. Perbincangan untuk temubual ini dilakukan kerana ingin menanyakan perancangan syarikat Nina Bakery serta menjadi sumber rujukan sepanjang projek rancangan keusahawantani ini berlansung. Selain itu juga, perbincangan kami pada malam itu adalah melibatkan persoalan apakah yang ingin diusulkan kepada syarikat yang kami pilih untuk melakukan temubual. Soalan telah dibincangkan pada malam itu untuk persiapan melakukan temubual Syarikat Nina Bakery.

Tujuan temubual dilakukan :

  • Mengetahui proses penubuhan perniagaan bakery.
  • Mengetahui perancangan perniagaan yang dilakukan.
  • Mendapatkan maklumat penjualan dan sasaran perniagaan.
  • Mengetahui sistem dan pentadbiran sesebuah perniagaan.
  • Sumber kewangan dan modal permulaan perniagaan.
  • Pengurusan dan operasi perniagaan.
  • Pengendalian pekerja
 DISEDIAKAN OLEH  :    (S19441)  SITI FARHANA BINTI ISMAIL
                                              (S19932) RUHAMIZAH BINTI RUSLAN
                                              (S19286) CAROLINA SAMBAI ANAK COLLIN
                                              (S19360) MOHAMMAD NUR HARDY BIN ABD AZIZ
                                              (S19080) AWIE BIN GAN TING TIAN
                                              (S19362)  MOHD SAHRILBIN SAHDAN

Tuesday 16 December 2014

PERBINCANGAN KETIGA

TARIKH      : 14 DISEMBER 2014 (AHAD)
MASA          : 9.00pagi
TEMPAT     : KOLEJ KEDIAMAN 2 (KK2)
AKTIVITI :


  • VISI DAN MISI SYARIKAT

Setiap syarikat perlu mempunyai misi dan visi kerana ianya merupakan satu matlamat dan rancangan sesebuah syarikat untuk mencapai tahap kejayaan. Visi dan misi penting untuk membantu syarikat mencapai matlamat yang mereka kehendaki. Selain itu juga, ada yang visi dan misi dalam sesebuah syarikat menunjukakan syarikat itu mempunyai tujuan untuk mencapai sesuatu dalam organisasi untuk jangka masa yang panjang. Visi merupakan satu matlamat besar yang ingin dicapai sesebuah organisasi manakala misi pula merupakan perancangan sesebuah organisasi . Jadi kami telah meletakkan visi dan misi untuk kedai pastri kami.



 DISEDIAKAN OLEH  :    (S19441)  SITI FARHANA BINTI ISMAIL
                                              (S19932) RUHAMIZAH BINTI RUSLAN
                                              (S19286) CAROLINA SAMBAI ANAK COLLIN
                                              (S19360) MOHAMMAD NUR HARDY BIN ABD AZIZ
                                              (S19080) AWIE BIN GAN TING TIAN
                                              (S19362)  MOHD SAHRILBIN SAHDAN

Sunday 14 December 2014

PERBINCANGAN KEDUA

TARIKH       : 12 DESEMBER 2014 (JUMAAT)
MASA           : 10.00 PAGI
TEMPAT      : KOLEJ KEDIAMAN 2 (KK2)

AKTIVITI :

  • PENCIPTAAN LOGO SYARIKAT



Berikut merupakan logo syarikat kami, logo syarikat kami telah diperserstujui oleh ahli kumpulan kami yang lain. Penciptaan logo ini dihasilkan bertujuan supaya syarikat kami lebih dikenali serta tiada sebarang unsur peniruan daripada penjual roti yang lain. Selain itu juga, logo ini juga bertujuan untuk menarik minat pelanggan untuk hadir ke kedai kami. Penciptaan logo ini juga bertujuan untuk memberitahu pelanggan bahawa roti yang dihasilkan adalah 100% dari syarikat kami dan ingin meningkatkan lagi syarikat kami supaya mampu berdaya saing dengan syrikat-syarikat yang lain. Penghasilan roti di syarikat kami adalah halal dan bermutu tinggi.

 Berikut merupakan maksud logo yang merujuk kepada perkara di atas :

  • Lambang chef :memberi maksud bahawa kami sekumpulan yang menghasilkan produk                                        roti.
  • Lambang bulatan  : merupakan kami sepakat dan bersatu seperti bulatan apabila                                                         melakukan pekerjaan.
  • Warna kuning  : merupakan warna identiti syarikat kami.
Bunga  : merupakan kami mempunyai wanita didalam kumpulan kami yang membantu                             syarikat jaya bakery lebih maju dan berjaya. Selain itu juga, bunga juga                                       melambangkan keharmonian, kerjasama dan bersatu padu antara                                                 kami sekumpulan. 

 DISEDIAKAN OLEH  :    (S19441)  SITI FARHANA BINTI ISMAIL
                                              (S19932) RUHAMIZAH BINTI RUSLAN
                                              (S19286) CAROLINA SAMBAI ANAK COLLIN
                                              (S19360) MOHAMMAD NUR HARDY BIN ABD AZIZ
                                              (S19080) AWIE BIN GAN TING TIAN
                                              (S19362)  MOHD SAHRILBIN SAHDAN

PERBINCANGAN KEDUA : PEMILIHAN

TARIKH      : 12 DISEMBER 2014 (JUMAAT)
MASA          : 10.00 am
TEMPAT     : KOLEJ KEDIAMAN 2 (KK2)

AKTIVITI : 
  • PEMILIHAN NAMA PERNIAGAAN



Berikut merupakan perbincangan ahli kumpulan kami yang mana kami berbincang tentang syarikat Jaya Bakery. Perbincangan dilakukan pada tarikh 12.12.2014 yang telah dijalankan di dewan makan Kampus Bintulu. Tujuan perbincangan ini dijalankan adalah untuk membincangkan tentang visi dan misi syarikat kami serta slogan yang digunakan oleh syrikat kami bagi menarik minat pelanggan untuk mencuba produk Syarikat Jaya Bakery yang ditubuhkan oleh kami. Kami sekumpulan bertungkus lumus memberikan idea serta kerjasama bagi menjadikan syarikat kami berdaya saing serta mampu menarik lebih ramai pelanggan yang hadir di kedai kami. Selain itu, strategi-strategi pelbagai aspek juga di titik beratkan. Seterusnya, kami berbincang mengenai apa keperluan dan kehendak pengguna perlukan tentang penghasilan roti. Kami sekumpulan melakukan perbincangan bertujuan untuk melakukan penghasilan logo, strategi perniagaan, kawasan manakah yang kami akan jual produk kami dan sebagainya. Kami juga berbincang berapa jenis roti yang ingin dihasilkan serta cara memasarkan produk kami. Di samping itu, kami juga turut berkongsi pendapat dan maklumat bagi menjayakan Syarikat Jaya Bakery ini. Perbincangan dijalankan sehingga agenda syarikat selesai.

 Sekian, terima kasih.

 DISEDIAKAN OLEH  :    (S19441)  SITI FARHANA BINTI ISMAIL
                                              (S19932) RUHAMIZAH BINTI RUSLAN
                                              (S19286) CAROLINA SAMBAI ANAK COLLIN
                                              (S19360) MOHAMMAD NUR HARDY BIN ABD AZIZ
                                              (S19080) AWIE BIN GAN TING TIAN
                                              (S19362)  MOHD SAHRILBIN SAHDAN